Saturday, 17 December 2011

Nasihat untuk dipedomankan..

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh~

Bismillahirrahmanirrahim~

Segala puji hanya bagi Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan berkat keizinan-Nya jua, kita masih lagi bersua..
Hanya pesanan yang ringkas lagi berinformatif dari saya:
" Manusia yang gagal melihat peluang, Manusia yang bijak mengambil peluang, Manusia yang cemerlang mencipta peluang "

Ingatlah, kita dilahirkan ke muka bumi ini hanyalah untuk mencari bekalan untuk menyara diri sendiri di akhirat kelak~ Kita sebagai khalifah di muka bumi ini haruslah membimbing mereka yang lemah ke jalan yang lebih jelas lagi nyata..... bukannya persengkataan yang dipinta~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpahan rahmat dan berkat serta izin-Nya jua, saya dan anda semua masih lagi meneruskan liku-liku perjalanan yang berbongkahkan pancaroba-pancaroba yang menghiasi selok-belok kehidupan yang sementara ini di atas muka bumi yang sudah tua yang hanya retak menanti belah, meskipun kini kita semua sedang mengharungi zaman krisis pada alaf pascamodenisasi ini yang bertunjangkan peralatan-peralatan digital yang mutakhir, digilai ramai orang, tanpa mengira batasan dan lapisan usia, kendatipun kening sudah menonjolkan ombakan-ombakan kedutan yang memenjarakan keremajaan wajah yang diidam-idamkan oleh segenap lapisan masyarakat dunia, khususnya golongan wanita, yang sememangnya sinonim dengan kecantikan rupa paras dan wajah, berbanding golongan lelaki, yang sudah diketahui umum sejak azali lagi, sememangnya antonim sekali dengan semua perkara yang diaplikasikan oleh para wanita dari segenap aspek.
 Pesanan saya: Bersyukurlah selagi hayat dikandung badan, bertaubatlah selagi dosa masih terbeban...