Saturday, 17 December 2011

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpahan rahmat dan berkat serta izin-Nya jua, saya dan anda semua masih lagi meneruskan liku-liku perjalanan yang berbongkahkan pancaroba-pancaroba yang menghiasi selok-belok kehidupan yang sementara ini di atas muka bumi yang sudah tua yang hanya retak menanti belah, meskipun kini kita semua sedang mengharungi zaman krisis pada alaf pascamodenisasi ini yang bertunjangkan peralatan-peralatan digital yang mutakhir, digilai ramai orang, tanpa mengira batasan dan lapisan usia, kendatipun kening sudah menonjolkan ombakan-ombakan kedutan yang memenjarakan keremajaan wajah yang diidam-idamkan oleh segenap lapisan masyarakat dunia, khususnya golongan wanita, yang sememangnya sinonim dengan kecantikan rupa paras dan wajah, berbanding golongan lelaki, yang sudah diketahui umum sejak azali lagi, sememangnya antonim sekali dengan semua perkara yang diaplikasikan oleh para wanita dari segenap aspek.
 Pesanan saya: Bersyukurlah selagi hayat dikandung badan, bertaubatlah selagi dosa masih terbeban...

No comments:

Post a Comment